Etiam placerat

Encuesta

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Ebook

Ebook dalam proses untuk disiapkan..
harap maaf..

Tomato

Pengeluaran buah tomato bagi 1.2 hektar yang diusahakan sekarang, Bing telah memperolehi 98,600 kg, iaitu catatan bagi tahun 2004. Bing tidak menghadapai masalah bagi memasarkan hasil usahanya itu dengan permintaan tetap dan harga yang tinggi. Pasaran dibuat secara jualan terus kepada peruncit dan juga jualan secara borong di ladang. Malahan menurutnya pada masa ini beliau tidak dapat memenuhi permintaan pasaran tempatan. Di awal penglibatannya Bing telah mengeluarkan modal sendiri bagi menjayakan projek ini. Namun demikian beliau bernasib baik kerana tapak dan peralatan asas telah sedia ada yang ditinggalkan oleh pengusaha sebelumnya. Antara peralatan yang tersedia adalah tapak asas bersimen, kerangka rumah lindungan dan tiub pengairan semburan baja. Dengan asas yang ada Bing memulakan tanaman tomatonya dengan tunjuk ajar dari mantornya, Harrani. Beliau sangat menghargai pengetahuan tersebut dan seterusnya menjadikan Harrani sebagai
perunding kepadanya.

“Bing telah menanam
10 ribu hingga 12 ribu pokok
tomato dengan anggaran
pengeluaran 120 hingga 130
metrik tan.”

Apa yang lebih membanggakan beliau adalah apabila projek beliau mendapat
pengiktirafan dengan penganugerahan sijil SALM pada bulan Mac 2003 setelah beliau mengikuti segala amalan pertanian yang disyaratkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Beliau merancang meluaskan lagi kawasan projek ini meliputi dua hektar kawasan di TUP Sungai Lebak tersebut. Beliau amat berharap agar kawasan
tersebut mendapat bekalan elektrik segera bagi beliau melaksanakan
proses pengurusan pembajaan secara automatik dengan penggunaan komputer. Dengan cara ini beliau menjangkakan pengurusan akan dilaksanakan lebih cekap dan dapat menjana lebihan pendapatan yang tinggi di masa depan.

Penemuan Effective Microorganisma (EM)

Penemuan Effective Microorganisma (EM)

Berdasarkan fakta yang boleh diperolehi dari laman web http://en.wikipedia.org/wiki/
Effective_Microorganisms EM merupakan teknologi yang diasaskan oleh Dr. Teruo Higa, seorang Professor dari Universiti Ryukyus, Okinawa, Jepun. Beliau adalah professor hortikultur yang sebelum ini banyak menggunakan bahan kimia dalam tanaman, tetapi menyedari kemudiannya bahawa kesan kimia boleh membahayakan kehidupan manusia. Kajian
demi kajian terus dijalankan mengenai keberkesanan EM dan memasarkan produk ini ke seluruh dunia. EM mula dibawa masuk ke pasaran dalam tahun 1982.

Effective Microorganisma (EM)

Effective Microorganisma (EM) adalah gabungan mikroorganisma berfaedah yang biasanya banyak terdapat dalam makanan. EM terdiri daripada 3 unsur utama iaitu bakteria phototropik, bakteria asid laktik dan ragi (yis). Peranan ketiga-tiga unsur utama ini
adalah seperti berikut:

Bakteria Phototropik

Bakteria ini berfungsi untuk memproses dan menguraikan gas yang merbahaya seperti ammonia dan hidrogen sulfat dengan menggunakan cahaya matahari dan haba tanah bagi menukarnya kepada gas-gas yang tidak b e r b a u . B a h a n - bahan berguna yang dihasilkan
dari proses ini akan menggalakkan pertumbuhan pokok.

Bakteria Asid Laktik

Bakteria ini berperanan untuk menggalakkan penapaian dan pengkomposan bagi menyahkan
kesan sampingan bahan organik. Bakteria ini mengeluarkan asid laktik sebagai pendinding atau
penghalang mikro merbahaya yang boleh menyebabkan penyakit kepada tumbuhan.

Ragi atau Yis

Ragi atau yis berperanan mengeluarkan hormon dan enzim yang bertindak sebagai bahan bioaktif untuk meningkatkan pengaktifan sel dan akar. EM mampu menghasilkan baja organik dari bahan lebihan tanaman, makanan dan rumpai serta mampu mengekalkan kesuburan tanah. Ia memberi kesan yang positif kepada tanah dengan memperbaiki keadaan fizikal dan biologi tanah serta meningkatkan kebolehan bagi pertumbuhan tanaman. Selain itu, EM dapat mengurangkan penggunaan baja kimia yang mahal bagi menghasilkan tanaman yang bermutu tinggi. EM juga terbukti dapat menggalakkan penunasan dan tumbesar tanaman serta dapat
menambah ketahanan tumbuhan dari serangan penyakit dan serangga. Kegunaan EM bukan hanya terhad kepada tanaman semata-mata. EM boleh juga digunakan dalam projek-projek pertanian lain seperti ternakan ayam, ternakan ikan dan undang, serta rawatan reban ayam
dan kandang ternakan babi.

Pengenalan



Salam perkenalan. Saya berasal daripada Teluk Intan, Perak. Blog ini diwujudkan untuk kita sama-sama berkongsi pengalaman mengenai bidang Hortikultur ini. Ramai yang belum menceburi bidang hortikultur ini.

Hortikultur merupakan salah satu sumber pendapatan jika diusahakan secara intensif dan bersungguh-sungguh. Ramai juga usahawan-usahawan dalam bidang ini telah berjaya. Sebagai contoh synergy farm.

Kaedah penanaman secara kultur atau tissue culture merupakan satu kaedah yang maju di mana dapat menghasilkan benih-benih pokok yang baik serta berkualiti.

Terdapat juga petani moden pada masa ini menggunakan kaedah penanaman secara berbumbung untuk menghasilkan hasil yang baik.

Dikesempatan ini, saya juga ingin berkognsi pengalaman dalam bidang tissue culture dan ingin berkongsi pengalaman bersama-sama saudara / saudari samaada yang telah menceburi bidang ini ataupun yang masih baru menceburi bidang ini.

Blog ini juga akan memberi maklumat terkini mengenai petani moden di Malaysia. Memandangkan kerajaan begitu serius untuk membantu golongan petani dalam bidang pertanian horikultur khususnya, kita harus mengambil peluang ini untuk memajukan industri ini terutamanya golongan bumiputera.

Pinjaman untuk memulakan projek penanaman hortikultur ini mudah diperolehi daripada Bank Pertanian dan MARA.

Di dalam blog ini, saya akan mengumpulkan seberapa banyak petani moden yang telah berjaya. Disamping itu, senarai tanaman yang diusahakan oleh setiap petani moden serta panduan mengusahakan tanaman.

Blog ini juga menyediakan perkhidmatan supaya dapat memudahkan para usahawan muda yang baru ingin mencuba mendapatkan maklumat penaman pokok secara terus, tanpa bersusah payah mencari maklumat tersebut dari kedai atau sebagainya.

Diantara maklumat penanaman moden yang sering diusahakan oleh petani moden dan mempunyai pasaran yang baik adalah pokok cili, pisang, kacang, tomato dan banyak lagi.
Peluang ini perlu diambil kerana pulangan untuk hasil jangka masa panjang memang lumayan.

Baru-baru ini saya ada menonton siaran televisyen yang memaparkan kehidupan seorang bekas pelajar mekanikal dari Kelantan mengganggur kerana tiada pekerjaan. Bermula dengan modal RM5000, pelajar ini telah memulakan penanaman pokok cili di dalam kanvas kecil. Dengan usaha dan kegigihan, pelajar tersebut dapat mengukir senyuman dengan hasil yang diperolehi. Kini petani moden ini telah mendapat bantuan penyenggaraan dari pihak pertanian di Kelantan.

Selamat mencuba dan selamat maju jaya!!!